Sunday, 2 August 2015

MENGAPA SOLAT TETAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT

Solat itu sendiri merupakan tiang agama yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar dan dilarang. Dewasa ini, banyak umat islam yang menunaikan solat, namun tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa yang ringan mahu pun berat Solat itu sendiri mengajar umat islam untuk mencari ketenangan didalam masa yang sama berdoa dan menunaikan ibadat. Setiap umat islam yang menunaikan solat sudah semestinya tahu dan faham akan maksud doa atau bacaan yang dibaca didalam solat namun mereka masih tidak dapat menhayati.


1.0        PENGENALAN

Mereka yang memahami dengan doa yang dibaca dan kusyuk sudah semestinya akan sentiasa takut dan risau jika solat mereka tidak diterima kerana dosa – dosa yang mereka lakukan baik yang kecil mahupun yang besar. Solat itu sendirinya tiang agama yang akan sentiasa mengingatkan setiap masa bahawa mereka bertaqwa kepada Allah swt dan mempunyai tiang agama yang kukuh. Namun, mengapa masih ada yang menunaikan solat dan tidak meninggalkannya masih melalukan dosa kecil dan besar? Antara dosa yang dilakukan adalah berzina, minum arak, menipu dan makan harta yang bukan milik kita atau riba. Kita melihat perilaku ini ada dimana-mana sahaja. Dimanakah silapnya? Tepuk dada, tanyalah Iman.

Hadis Rasulullah itu sendiri menyebut :

“Dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”

(Al – Ankabut ; 45)


1.1        PENGERTIAN SOLAT

Solat dari segi bahasa yang ringkasnya bermaksud doa dan dari segi pula syara’ pula membawa maksud doa (perkataan) dan disertai perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri dengan salam. Niat dan tujuaanya kerana Allah swt. Sebagai umat islam, kita telah diajar dari kecil didalam masyarakat tentang Rukun Solat yang menmepunyai 13 perkara.
Rukun-rukun solat ini terdiri 3 bahagian qabli, fi’li dan qauli dengan 13 rukunnya:

Qabli
Fi’li
Qauli
Rukun yang berasakan hati
·         niat
·         tertib
Rukun berasakan anggota badan
·         berdiri (bagi yang mampu)
·         rukuk
·         Iktidal
·         Sujud
·         duduk antara dua sujud
·         duduk tahiyat akhir

Rukun berasakan sebutan dan bacaan
·         takbiratul Ihram
·         membaca Al-fatihah
·         bacaan tahiyat akhir
·         selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
·         salam

 Persoalannya, kita arif dengan rukun solat namun mengapa masih membuat dosa dan maksiat? Dan berapa ramai antara kita yang mencuri ketika melakukan ibadat solat dan melakukan rukun solat dengan kusyuk? Sahkah solat kita atau sekadar mengikut orang – orang sekeliling bersolat, solat Jumaat contohnya? Sahkan solat kita jika kita bersolat dan mengejar masa dan memikirkan kerja yang masih tidak siap? Tanya diri kita, adakah kita melakukan setiap rukun solat dengan betul? Ini merupakan salah satu sebab mengapa masih ada yang bersolat namun masih melakukan dosa dan maksiat.

1.2        NERAKA BAGI ORANG YANG BERSOLAT

“sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dn Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkansembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)”

(Surah An – Nisaa’ Ayat :142)

Sebagai islam, kita sudah maklum mendirikan solat merupakan salah satu rukun islam yang wajib. Ibadat solat itu sendiri memainkan peranan penting dalam hubungan antara hambanya dan Allah swt dan juga menjaga akidah.

Apabila ditanya sudahkah kita menunaikan ibadah solat? Sudah pasti rata – rata umat islam yang ada dengan yakin menjawab yang mereka sudah menunaikan ibadat solat setiap hari. Namun, ramai antara umat islam yang menunaikan solat mereka tersangat pantas. Solat 4 rakaat hanya mengambil masa 4minit iaitu setiap rakaat hanya memerlukan 1 minit. Mereka solat didalam keadaan tergesa-gesa, tiada matlamat dan tidak khusyuk. Apabila solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud solatnya tidak diterima atau tidak sah. Solat yang tidak sah, tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah.

Terdapat ramai wanita yang tidak tinggal solat, namun mereka gagal untuk menutup aurat dengan sempurna, pakai tudung namun masih memakai seluar ketat dan lelaki apabila bersukan, memakai seluar lodeh atau memakai jeans yang koyak di peha. Ini adalah kerana mereka mendirikan solat namun masih mengikut nafsu. Solat boleh diibaratkan seperti memasak pizza, kita bersunggunh dengan ramuan yang betul sukatannya, dimasak pada suhu yang betul dan dibakar pada masa yang sesuai, maka hasilnya adalah pizza yang gebu, cantik dan sedap. Bagaimana jika dibuat sebaliknya? Dengan bahan-bahannya tidak cukup, sudah pasti pizza terasa tidak sedap atau mungkin cara membuat pizza itu tidak betul, sudah pasti pizza itu sendiri tidak menjadi. Begitu juga dengan solat, yang memerlukan adunan yang sempurna, tertib dan bersungguh.Bahan-bahan pizza itu ibaratkan diri kita, keimanan kita, keislaman kita, ilmu yang kita ada. Kalau ilmu solat itu sendiri tidak sempurna, iman tidak kuat, solat kita tidak ikhlas, tidak ingat pada Allah swt, solat sekadar ingin menunjuk-nunjuk pada orang, agak-agaknya tercapai tak tujuan solat nak jadi orang yang baik? Cubalah tanya pada diri jika setiap kali kita solat, berapa kalikah adunan kita seperti ilmu, iman dan kusyuk pernah cukup?

Ingatlah bahawasanya, perkara pertama yang akan dihitung dihari kiamat adalah solatnya. Jika baik solatnya maka baiklah amalannya, jika rosak solatnya makan sia-sialah seluruh amalannya. Solat yang kusyuk dan sempurna mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
1.3        MEMAHAMI BACAAN SOLAT

Ketika kita terkumat – kamit membaca bacaan dalam solat, fahamkah kita akan bacaan tersebut? Rata – rata dari umat islam yang menunaikan solat tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika mendirikan solat. Memahami bacaan sangat penting kerana ini akan membuatkan kita kusyuk dan takot akan suruhan Allah swt.

Sebahagian doa iftitah:

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah tuhan sekelian alam, tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang islam”

Duduk antara dua sujud:

“Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, sihatkanlah aku, dan ampunilah aku”

Ayat ini sendiri membuatkan kita sedar dan membekas dihati bahawa kita akur hidup ini adalah kerana Allah swt. 5 waktu sehari semalam, kita berdoa didalam solat dan memahami setiap bacaan akan menghindari kita dari perbuatan mungkar. Kita meminta dengan sepenuh hati dan kusyuk.

Sebaliknya, apa terjadi kita hanya menghafal. Kita tidak memahami. Kita melakukan kerana disuruh dan diperintahkan. Kita menghafal kerana tidak mahu dituduh tidak pandai membaca Al – Quran, namun adakah sesiapa yang bertanya jika kita memahami maksud bacaan? Sesunggunhnya jika ada yang memahami bacaan di dalam solat, kita akan kusyuk dan mejauhi maksiat. kita sedar bahawa setiap hari, bacaan yang dibaca di dalam solat merupakan doa yang mustajab dalam memperbaiki kehidupan sehari dan menhindari dosa.
Pernah tertanya megapa kita beremosi apabila mendengar cerita-cerita dari radio? Kenapa kita memberikan respond ketika membaca sarikata disetiap drama English yang kita tonton? Kerana kita faham skrip yang dituturkan dan cuba untuk menghayati apa yang kita tonton dan dengar. Kita mendengar cerita di drama radio dan faham setiap apa yang disampaikan dan mengambil iktibar dari cerita yang disampaikan. Apabila mendengar lagu, kita terikut-ikut dengan emosi didalam lagu. Persoalanya, mengapa tidak didalam solat yang sepatotnya menjadi tiang agama yang mencegah kita dari melakukan maksiat dan dosa? Jika kita tidak memahami bacaan bagaimana kita boleh bepegang teguh kepada “solat itu mencegah dari dosa dan mungkar” kerana kita sekadar menjalankan suruhan dan perintahnya.

Solat itu merupakan munajat terhadap Allah swt, sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan didalam solat mengelakan mereka melakukan maksiat kerana bercanggah dengan bacaan didalam solat.

1.4        KESAN SOLAT YANG KUSYUK

Solat itu mebentuk peribadi ke arah yang lebih displin dan mengawal diri, mengikut apa yang diperintahkan dan menginggalkan apa yang dilarang. Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran dan anggota agar tidak membuat kerja lain selain yang menjadi rukun qauli, gabli dan fi’li. Jika fikiran dan hatinya terganggu, ia akan berusaha mengawal diri didalam solat dan diluar solat. Berbekalkan wudhu yang mebersih anggota badan dan kusyuk yang mebersih hati, kita dengan sendirinya menjauhi dosa dan kemungkaran.


No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads