Jum cuba laksa yang mudah dan simple ni!!
(gambar akan diupload kemudian ye) :D
Cara-cara mudah membuat laska dan bahan-bahan menyediakan air rebusan ikan:
10 ekor ikan (boleh dicampur ikan kembung dan sardin)
3-4 keping asam keping
air rebusan secukupnya
**
bersihkan ikan seperti biasa
rebus air dan masukkan kesemua ikan dan asam keping
tunggu sehingga ikan empuk dan biarkan air rebusan sejuk
keluarkan asam keping dan buang
asingkan isi dan tulang ikan
blender mengikut turutan (isi dahulu dan kemudian tulang ikan bersama air rebusan)
lepas kisar, tapis isi dan tulang ikan yang telah diblender
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
** bagi yang nakkan ada isi ikan dlm kuah, boleh la ambil sikit isi ikan dan ramas. masukkan kan dalam periuk dengan air rebusan dan air ikan yang telah diblender.
Bahan-bahan untuk kuah laksa:
Bahan A:
20 tangkai cili kering (ikut berapa pedas anda nak) **dikisar
10 ulas bawang merah **dikisar
3 ulas bawang putih **dikisar
1 keping belacan yang telah di bakar (agak2 dlm 2keping duit 20sen)**dikisar
Bahan B:
Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
2 batang serai **diketuk
2 kuntum bunga kantan **dipotong 2
asam keping secukup rasa **ikut kalau anda nak masam atau pn tidak (ketika rasa garam nnt boleh tambah lagi asam nya)
1 inc lengkuas **hiris halus
4-5 tangkai daun kesum
cara - cara :
tumis semua bahan kisar dengan minyak yang sedikit hingga naik bau
masukan kesemua bahan B
masak sehingga mendidih
masukan garam dan gula ikut sesedap tekak kita
**rasa asam jika perlu tambah
SIAP dah laksa kita,,,,!!!
bahan hiasan:
hiris:
timun
bawang besar
cili merah
cili padi
***
telur belah 4
limau kasturi
*** jangan lupa rebus laksa ye semua (tambah kan sedikit garam semasa rebus)
Selamat menjamu selera :)))))
No comments:
Post a Comment