lets try this folks!
here what you need and this serving are around 30-40 meatballs, serves 4:
500 g minced beef
1 egg
2-3 dl cream (or milk) and water
2 and half tbsp fine chopped onion
1/2 dl unsweetened rusk flour
2 boiled potatoes, cold
4-5 tbsp butter, margarine or oil
salt
blackpepper
this is how you do it:
heat the onion until golden in a couple of table spoons of lightly browned butter.
mash the potatoes and moisten the rusk flour in a little water
mix all the ingredients into a smooth doh and flavour generously with salt, white pepper.
Shape the doh into round balls and transfer to a floured chopping board, then fry then quite slowly in plenty of butter
Goodluck!!
Monday, 3 August 2015
MEE GORENG BASAH!!
Nak try buat Mee goreng basah yang sedap and simple, try yang ni:
Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 4 biji bawang merah **ditumbuk
• 2 ulas bawang putih **ditumbuk
2 ekor sotong di potong bulat
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus ** nak letak boleh, xnak pn takpe
taugeh
2 sb cili boh
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara:
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.
OK semua.. selamat menjamu selera ye!!
Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 4 biji bawang merah **ditumbuk
• 2 ulas bawang putih **ditumbuk
2 ekor sotong di potong bulat
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus ** nak letak boleh, xnak pn takpe
taugeh
2 sb cili boh
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara:
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.
OK semua.. selamat menjamu selera ye!!
Sunday, 2 August 2015
MENGAPA SOLAT TETAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT
Solat itu sendiri merupakan tiang agama yang boleh
menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar dan dilarang. Dewasa
ini, banyak umat islam yang menunaikan solat, namun tetap melakukan kemungkaran
dan dosa-dosa yang ringan mahu pun berat Solat itu sendiri mengajar umat islam
untuk mencari ketenangan didalam masa yang sama berdoa dan menunaikan ibadat.
Setiap umat islam yang menunaikan solat sudah semestinya tahu dan faham akan
maksud doa atau bacaan yang dibaca didalam solat namun mereka masih tidak dapat
menhayati.
1.0
PENGENALAN
Mereka yang memahami dengan doa yang dibaca dan
kusyuk sudah semestinya akan sentiasa takut dan risau jika solat mereka tidak
diterima kerana dosa – dosa yang mereka lakukan baik yang kecil mahupun yang
besar. Solat itu sendirinya tiang agama yang akan sentiasa mengingatkan setiap
masa bahawa mereka bertaqwa kepada Allah swt dan mempunyai tiang agama yang
kukuh. Namun, mengapa masih ada yang menunaikan solat dan tidak meninggalkannya
masih melalukan dosa kecil dan besar? Antara dosa yang dilakukan adalah
berzina, minum arak, menipu dan makan harta yang bukan milik kita atau riba.
Kita melihat perilaku ini ada dimana-mana sahaja. Dimanakah silapnya? Tepuk
dada, tanyalah Iman.
Hadis Rasulullah itu sendiri menyebut :
“Dirikanlah
sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan yang
keji dan mungkar”
(Al – Ankabut ; 45)
1.1
PENGERTIAN SOLAT
Solat dari segi bahasa yang ringkasnya bermaksud doa
dan dari segi pula syara’ pula membawa maksud doa (perkataan) dan disertai
perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri dengan salam.
Niat dan tujuaanya kerana Allah swt. Sebagai umat islam, kita telah diajar dari
kecil didalam masyarakat tentang Rukun
Solat yang menmepunyai 13 perkara.
Rukun-rukun solat ini terdiri 3 bahagian qabli,
fi’li dan qauli dengan 13 rukunnya:
|
Qabli
|
Fi’li
|
Qauli
|
|
Rukun yang berasakan hati
·
niat
·
tertib
|
Rukun berasakan anggota badan
·
berdiri (bagi yang mampu)
·
rukuk
·
Iktidal
·
Sujud
·
duduk antara dua sujud
·
duduk tahiyat akhir
|
Rukun berasakan sebutan dan bacaan
·
takbiratul Ihram
·
membaca Al-fatihah
·
bacaan tahiyat akhir
·
selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
·
salam
|
Persoalannya, kita arif dengan rukun solat
namun mengapa masih membuat dosa dan maksiat? Dan berapa ramai antara kita yang
mencuri ketika melakukan ibadat solat dan melakukan rukun solat dengan kusyuk?
Sahkah solat kita atau sekadar mengikut orang – orang sekeliling bersolat,
solat Jumaat contohnya? Sahkan solat kita jika kita bersolat dan mengejar masa
dan memikirkan kerja yang masih tidak siap? Tanya diri kita, adakah kita
melakukan setiap rukun solat dengan betul? Ini merupakan salah satu sebab
mengapa masih ada yang bersolat namun masih melakukan dosa dan maksiat.
1.2
NERAKA BAGI ORANG YANG BERSOLAT
“sesungguhnya
orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan
perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dn Allah pula
tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan
munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan
malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkansembahyangnya) kepada
manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula
tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali
(jarang-jarang)”
(Surah An – Nisaa’ Ayat :142)
Sebagai islam, kita sudah maklum mendirikan solat
merupakan salah satu rukun islam yang wajib. Ibadat solat itu sendiri memainkan
peranan penting dalam hubungan antara hambanya dan Allah swt dan juga menjaga
akidah.
Apabila ditanya sudahkah kita menunaikan ibadah
solat? Sudah pasti rata – rata umat islam yang ada dengan yakin menjawab yang
mereka sudah menunaikan ibadat solat setiap hari. Namun, ramai antara umat
islam yang menunaikan solat mereka tersangat pantas. Solat 4 rakaat hanya
mengambil masa 4minit iaitu setiap rakaat hanya memerlukan 1 minit. Mereka
solat didalam keadaan tergesa-gesa, tiada matlamat dan tidak khusyuk. Apabila
solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud
solatnya tidak diterima atau tidak sah. Solat yang tidak sah, tidak dapat
mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah.
Terdapat ramai wanita yang tidak tinggal solat,
namun mereka gagal untuk menutup aurat dengan sempurna, pakai tudung namun
masih memakai seluar ketat dan lelaki apabila bersukan, memakai seluar lodeh
atau memakai jeans yang koyak di peha. Ini adalah kerana mereka mendirikan solat
namun masih mengikut nafsu. Solat boleh diibaratkan seperti memasak pizza, kita
bersunggunh dengan ramuan yang betul sukatannya, dimasak pada suhu yang betul
dan dibakar pada masa yang sesuai, maka hasilnya adalah pizza yang gebu, cantik
dan sedap. Bagaimana jika dibuat sebaliknya? Dengan bahan-bahannya tidak cukup,
sudah pasti pizza terasa tidak sedap atau mungkin cara membuat pizza itu tidak
betul, sudah pasti pizza itu sendiri tidak menjadi. Begitu juga dengan solat,
yang memerlukan adunan yang sempurna, tertib dan bersungguh.Bahan-bahan pizza
itu ibaratkan diri kita, keimanan kita, keislaman kita, ilmu yang kita ada.
Kalau ilmu solat itu sendiri tidak sempurna, iman tidak kuat, solat kita tidak
ikhlas, tidak ingat pada Allah swt, solat sekadar ingin menunjuk-nunjuk pada
orang, agak-agaknya tercapai tak tujuan solat nak jadi orang yang baik? Cubalah
tanya pada diri jika setiap kali kita solat, berapa kalikah adunan kita seperti
ilmu, iman dan kusyuk pernah cukup?
Ingatlah bahawasanya, perkara pertama yang akan
dihitung dihari kiamat adalah solatnya. Jika baik solatnya maka baiklah
amalannya, jika rosak solatnya makan sia-sialah seluruh amalannya. Solat yang
kusyuk dan sempurna mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
1.3
MEMAHAMI BACAAN SOLAT
Ketika kita terkumat – kamit membaca bacaan dalam
solat, fahamkah kita akan bacaan tersebut? Rata – rata dari umat islam yang
menunaikan solat tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika
mendirikan solat. Memahami bacaan sangat penting kerana ini akan membuatkan
kita kusyuk dan takot akan suruhan Allah swt.
Sebahagian doa iftitah:
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah tuhan sekelian alam, tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku
diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang
islam”
Duduk antara dua sujud:
“Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku,
cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku
petunjuk, sihatkanlah aku, dan ampunilah aku”
Ayat ini sendiri membuatkan kita sedar dan membekas
dihati bahawa kita akur hidup ini adalah kerana Allah swt. 5 waktu sehari
semalam, kita berdoa didalam solat dan memahami setiap bacaan akan menghindari
kita dari perbuatan mungkar. Kita meminta dengan sepenuh hati dan kusyuk.
Sebaliknya, apa terjadi kita hanya menghafal. Kita
tidak memahami. Kita melakukan kerana disuruh dan diperintahkan. Kita menghafal
kerana tidak mahu dituduh tidak pandai membaca Al – Quran, namun adakah sesiapa
yang bertanya jika kita memahami maksud bacaan? Sesunggunhnya jika ada yang
memahami bacaan di dalam solat, kita akan kusyuk dan mejauhi maksiat. kita
sedar bahawa setiap hari, bacaan yang dibaca di dalam solat merupakan doa yang
mustajab dalam memperbaiki kehidupan sehari dan menhindari dosa.
Pernah tertanya megapa kita beremosi apabila
mendengar cerita-cerita dari radio? Kenapa kita memberikan respond ketika
membaca sarikata disetiap drama English yang kita tonton? Kerana kita faham skrip
yang dituturkan dan cuba untuk menghayati apa yang kita tonton dan dengar. Kita
mendengar cerita di drama radio dan faham setiap apa yang disampaikan dan
mengambil iktibar dari cerita yang disampaikan. Apabila mendengar lagu, kita
terikut-ikut dengan emosi didalam lagu. Persoalanya, mengapa tidak didalam
solat yang sepatotnya menjadi tiang agama yang mencegah kita dari melakukan
maksiat dan dosa? Jika kita tidak memahami bacaan bagaimana kita boleh bepegang
teguh kepada “solat itu mencegah dari dosa dan mungkar” kerana kita sekadar
menjalankan suruhan dan perintahnya.
Solat itu merupakan munajat terhadap Allah swt,
sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang
diucapkan didalam solat mengelakan mereka melakukan maksiat kerana bercanggah
dengan bacaan didalam solat.
1.4
KESAN SOLAT YANG KUSYUK
Solat itu mebentuk peribadi ke arah yang lebih
displin dan mengawal diri, mengikut apa yang diperintahkan dan menginggalkan
apa yang dilarang. Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran dan
anggota agar tidak membuat kerja lain selain yang menjadi rukun qauli, gabli
dan fi’li. Jika fikiran dan hatinya terganggu, ia akan berusaha mengawal diri
didalam solat dan diluar solat. Berbekalkan wudhu yang mebersih anggota badan
dan kusyuk yang mebersih hati, kita dengan sendirinya menjauhi dosa dan
kemungkaran.
Laksa mudah dan simple!
Hi semua
Jum cuba laksa yang mudah dan simple ni!!
(gambar akan diupload kemudian ye) :D
Cara-cara mudah membuat laska dan bahan-bahan menyediakan air rebusan ikan:
10 ekor ikan (boleh dicampur ikan kembung dan sardin)
3-4 keping asam keping
air rebusan secukupnya
**
bersihkan ikan seperti biasa
rebus air dan masukkan kesemua ikan dan asam keping
tunggu sehingga ikan empuk dan biarkan air rebusan sejuk
keluarkan asam keping dan buang
asingkan isi dan tulang ikan
blender mengikut turutan (isi dahulu dan kemudian tulang ikan bersama air rebusan)
lepas kisar, tapis isi dan tulang ikan yang telah diblender
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
** bagi yang nakkan ada isi ikan dlm kuah, boleh la ambil sikit isi ikan dan ramas. masukkan kan dalam periuk dengan air rebusan dan air ikan yang telah diblender.
Bahan-bahan untuk kuah laksa:
Bahan A:
20 tangkai cili kering (ikut berapa pedas anda nak) **dikisar
10 ulas bawang merah **dikisar
3 ulas bawang putih **dikisar
1 keping belacan yang telah di bakar (agak2 dlm 2keping duit 20sen)**dikisar
Bahan B:
Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
2 batang serai **diketuk
2 kuntum bunga kantan **dipotong 2
asam keping secukup rasa **ikut kalau anda nak masam atau pn tidak (ketika rasa garam nnt boleh tambah lagi asam nya)
1 inc lengkuas **hiris halus
4-5 tangkai daun kesum
cara - cara :
tumis semua bahan kisar dengan minyak yang sedikit hingga naik bau
masukan kesemua bahan B
masak sehingga mendidih
masukan garam dan gula ikut sesedap tekak kita
**rasa asam jika perlu tambah
SIAP dah laksa kita,,,,!!!
bahan hiasan:
hiris:
timun
bawang besar
cili merah
cili padi
***
telur belah 4
limau kasturi
*** jangan lupa rebus laksa ye semua (tambah kan sedikit garam semasa rebus)
Selamat menjamu selera :)))))
Jum cuba laksa yang mudah dan simple ni!!
(gambar akan diupload kemudian ye) :D
Cara-cara mudah membuat laska dan bahan-bahan menyediakan air rebusan ikan:
10 ekor ikan (boleh dicampur ikan kembung dan sardin)
3-4 keping asam keping
air rebusan secukupnya
**
bersihkan ikan seperti biasa
rebus air dan masukkan kesemua ikan dan asam keping
tunggu sehingga ikan empuk dan biarkan air rebusan sejuk
keluarkan asam keping dan buang
asingkan isi dan tulang ikan
blender mengikut turutan (isi dahulu dan kemudian tulang ikan bersama air rebusan)
lepas kisar, tapis isi dan tulang ikan yang telah diblender
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
** bagi yang nakkan ada isi ikan dlm kuah, boleh la ambil sikit isi ikan dan ramas. masukkan kan dalam periuk dengan air rebusan dan air ikan yang telah diblender.
Bahan-bahan untuk kuah laksa:
Bahan A:
20 tangkai cili kering (ikut berapa pedas anda nak) **dikisar
10 ulas bawang merah **dikisar
3 ulas bawang putih **dikisar
1 keping belacan yang telah di bakar (agak2 dlm 2keping duit 20sen)**dikisar
Bahan B:
Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
2 batang serai **diketuk
2 kuntum bunga kantan **dipotong 2
asam keping secukup rasa **ikut kalau anda nak masam atau pn tidak (ketika rasa garam nnt boleh tambah lagi asam nya)
1 inc lengkuas **hiris halus
4-5 tangkai daun kesum
cara - cara :
tumis semua bahan kisar dengan minyak yang sedikit hingga naik bau
masukan kesemua bahan B
masak sehingga mendidih
masukan garam dan gula ikut sesedap tekak kita
**rasa asam jika perlu tambah
SIAP dah laksa kita,,,,!!!
bahan hiasan:
hiris:
timun
bawang besar
cili merah
cili padi
***
telur belah 4
limau kasturi
*** jangan lupa rebus laksa ye semua (tambah kan sedikit garam semasa rebus)
Selamat menjamu selera :)))))
Subscribe to:
Posts (Atom)