Friday, 5 July 2013

Puasa di bulan ramadan

Menhitung hari kita bakal menhampiri ramadan. Apa yang anda perlu tahu.

Fidyah 

Harapnya sudah la semua ganti puasa yg tertinggal. Bagi yang tidak mampu untuk berpuasa, cubalah ke pusat zakat bertanya bagaimana hendak fidyah puasa atau ke laman web zakat : 

http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/ 

Contoh ringkas pengiraan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya:
Jumalah puasa di tinggal kan (15)
Jumlah tahun puasa yang tidak di ganti (5)
x jumlah zakat fitrah semasa
Sila check di pusat zakat berdekatan anda..!!

Niat puasa

Niat puasa tidak la wajib di baca di dalam arab, cukuplah kita memahami bile di baca di dalam bahasa melayu.


Lafaz ringkas sebelum tidur:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz yang lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

atau niat untuk sebulan terus

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

waktu untuk berniat ada dari saat selepas anda berbuka puasa sehingga azan subuh.

SELAMAT BERPUASA SEMUA...!!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads